Ciri-ciri kanak-kanak autisme

Komunikasi dan Bahasa
Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. sekiranya  mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang  lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi  dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal  untuk memahami maksud kata-kata tersebut.
Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam  perkembangan kognitif mereka. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh  orang lain.
Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang  muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan  muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak  selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka  menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan  mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan  berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan  mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak  seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang  munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka  gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia  yang agresif.
Perangai dan Sikap
Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah  sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif  terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana  yang asing buat mereka. Mereka akan  meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang  terbang. Mereka akan melambai- lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa  dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri  mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap  pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh  terhadap sesuatu perkara.
Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif  terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami  tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan  mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak  autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga  tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa  sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan.  Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s