PENENPATAN OKU DI PDK

JENIS & TAHAP  KECACATAN / MASALAH
 
Masalah fizikal- celebral palsi
 
 

 

Ceberal bermaksud otak. Manakala ‘palsy’ membawa erti kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otak.

 

Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia.
 
Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.
 
Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu
 
  • Palsi selebral athetiod
  • palsi selebral ataxia
  • palsi serebral gabungan
  •  Palsi Selebral spastik

 

 
Ciri-ciri fizikal
 
  • masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.
  • Bagi palsi selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.
  • Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

 

 
Masalah pembelajaran
 
Masalah emosi-hiperaktif 
 
  • tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu
  • mempunyai tumpuan yang singkat.
  • Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD).
  • Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. 

 

 
Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD
 
  • Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,
  • kerap membuat kesalahan akibat kecuaian
  • gagal menyiapkan kerja sekolah
  • tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya
  • sukar mengatur tugasan
  • tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

 

 
Ciri-ciri sosial kanak-kanak
 
  • tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima
  • mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

 

 
 
TERENCAT AKAL
 
Ciri-ciri tingkah laku :
 
  • Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus.
  •  Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau fokus kepada proses P&P didalam kelas
  •  sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian
  • sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan.
  • Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri
  • kurang matang
  • mempunyai masalah dalam menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain.
  • menarik rambut
  • menggigit kuku
  • tabiat suka mencederakan diri
  • meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.

 

 
 
SINDROM DOWN
 
Ciri-ciri tingkah laku :
 
  • Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan, sederhana,teruk dan sangat teruk.
  • Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik.
  • Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran.
  • Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja
  • memerlukan perhatian seperti suka dipeluk.
  • hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.

 

 
 
AUTISMA
 
  • Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.
  • istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran.
  • Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan orang lain.
  • Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering berubah-ubah.
  • Sering ketawa, menangis dan marah tanpa sebab
  • Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada melakukan sesuatu yang mereka ingini
  • Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu
  • Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu
  • Ada kalanya mencederakan diri sendiri

 

 
  
LEMBAM (SLOW LEARNER)
 
  • Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. 

 

 
Ciri-ciri tingkah laku :
 
  • keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan.
  •  mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.
  •  mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian
  •  sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan
  •  Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.
  • sukar memproses maklumat
  • sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.
  • Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

 

 
 
DISLEKSIA
 
  • Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.

 

 
Ciri-ciri tingkah laku:
 
  • Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996).
  • Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan, disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.
  • Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.
  • Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang.
  • mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.
  • Kekeliruan di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
  • Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca.
  • Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;

 – Keliru kedudukan perkataan

 – Pembalikan perkataan
 – Keliru b.inggeris dengan b.melayu
 – Penambahan huruf
 – Kependekan perkataan
 – Pembalikan huruf dalam perkataan
 
 
Masalah pendengaran
 
  • Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.
  • Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.
  • Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.
  • Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.
  • Tanda-tanda:

 

 – masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas
 – kelihatan selalu berkhayal
 – percakapannya tidak jelas
 – terkejut apabila dihampiri daripada belakang
 – tidak memahami arahan yang diberikan
 – pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.
 – Bagi perkembangan fizikal, motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal.
 – Perkembangan kognitif adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa.
 – Bagi perkembangan sosial, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima  melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.
 
 
Masalah penglihatan
 
Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat
 
Menurut Heward (1996), seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah
 
Masalah penglihatan terbahagi kepada dua :
 
  • rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan </60)
  •  buta adalah bagi mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca

 

 
Tanda-tanda fizikal
 
  • mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar
  • matanya sensitif terhadap cahaya
  • bahagian tepi mata kelihatan merah
  • kelopak mata bengkak, mata selalu berair dan terdapat bintik-bintik ditengah mata
  • mengadu tidak dapat melihat dengan jelas
  • sakit kelapa apabila membuat sesuatu kerja
  • pandangan kabur dan kadang kala objek dilihat menjadi dua imej
  • mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek
  • selalu mengerut atau mengecilkan mata
  • kerap berkelip
 

Lirik Lagu Hujan Air Mata

HUJAN AIRMATA

Mendung berarak
Dalam hidupku
Tak siapa tahu
Derita kalbu

Tiap jelmaan
Malam dan siang
Airmataku bagaikan hujan

* Usahlah diri ini dibezakan
Usahlah diri ini disisihkan
Kita semua
Di pentas dunia
Yang sama

** Ku sedar diri serba kekurangan
Meratap dan mencari perlindungan
Darimu insan
Ku gantung setinggi harapan

*** Pada mereka yang membantu
Redhakanlah aku
Setiap budi yang diberi
Ku bawa ke mati

**** Terima kasih
Padamu teman
Selamat tinggal
Aku ucapkan
Di malam sunyi
Yang memisahkan
Airmataku
Bagaikan hujan…

Bersyukurlah dengan anugerah yang Allah kurniakan kepada kita..

Sesungguhnya kita patut bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna..

“buruk dimata manusia tetapi tetap indah pada pandangan Ilahi” =)

Mereka juga mampu menggegar dunia

Buat mereka yang tidak pernah mengenali ataupun mendengar tentang Allayarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md Salleh, beliau merupakan bekas senator dan juga pakar dalam bidang ekonomi.

Anak kelahiran Pasir Mas Kelantan itu juga merupakan insan buta pertama di dunia yang menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah dan ditempatkan namanya dalam buku Guinness Book of Records.

Ia sudah semestinya memberikan satu tamparan hebat buat kebanyakan dari kita yang memandang Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai produk tidak berguna dan menyusahkan masyarakat.

Kecacatan atau kekurangan diri mereka dianggap sebagai beban dan ramai yang berasa jijik untuk mendekati mereka. Malah, sebelum ini mereka didiskriminasi dari menerima pendidikan secara hollistik kerana dianggap sebagai membazirkan pendapatan negara. Dari sudut pekerjaan pula, mereka hanya diberi ruang untuk menjaga stor dan tandas atau dibiarkan mengemis di jalanan.

Hakikatnya, setiap orang baik yang normal mahupun OKU sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Orang yang normal juga sebenarnya mempunyai ketidak sempurnaan mereka tetapi tidak dilihat oleh orang awam berbanding golongan OKU yang mana ketidak sempurnaan mereka tampak jelas di mata masyarakat.

Namun, di sebalik ketidak sempurnaan itu, mereka juga mampu untuk memberikan sumbangan pada dunia andai diberi peluang.

Selain daripada individu yang saya perkenalkan tadi, ramai lagi golongan kelainan upaya yang berjaya di persada dunia setelah diberi ruang dan peluang untuk mengasah bakat dan mengembang kelebihan yang ada pada mereka. Antaranya termasuklah Helen Keller, Franklin Delano Roosevelt, Ludwig van Beethoven, Woodrow Wilson dan Stephen Hawking.

Dalam Islam sendiri, tidak pernah kita diajar untuk mendiskriminasi golongan ini. Sirah juga telah menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W sendiri pernah ditegur oleh Allah S.W.T apabila mengutamakan pemimpin Quraisy yang kaya berbanding seorang lelaki buta iaitu Abdullah bin Ummi Maktum sewaktu beliau berdakwah.

Peristiwa itu dicatat di dalam surah A’basa. Kisah di sebalik penurunan ayat ini diriwayatkan di dalam hadis oleh at-Tarmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari Aisyah dan Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.

Selain itu, Allah S.W.T juga menegaskan bahawa manusia ini dicipta dalam keadaannya yang sebaik-baiknya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .[surah at-Tin: ayat 4]

Jika kita cuba renung ayat ini dan ambil ibrah (pengajaran) darinya, maka kita akan dapati bahawa Allah adalah sebaik-baik pencipta. Seburuk manapun seseorang manusia, mereka tetap mempunyai tanda-tanda kebesaran Allah dan mampu untuk membangun.

Oleh itu, mengapa kita harus mendiskriminasi golongan kelainan upaya ini? Sudah tiba masanya untuk kita membuang persepsi negatif terhadap mereka dan membuka ruang untuk mereka menjalani kehidupan sama seperti kita. Ayuh kita bantu mereka untuk menggegar dunia!

KEKURANGAN DALAM DIRI BUKAN SESUATU MASALAH. (Terimalah diri anda seadanya)

  Kekurangan yang ada pada diri bukanlah suatu masalah yang perlu kita takuti. Kebanyakan manusia melihat kekurangan dalam diri sebagai suatu masalah yang besar. Kadang-kadang manusia cepat berputus asa dengan kekurangan yang ada pada diri. Mengapakah kita perlu merasakan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai sesuatu masalah? Sedangkan setiap manusia Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

 Janganlah menjadi insan yang selalu memandang rendah terhadap diri sendiri. Sebenarnya kekurangan yang ada pada diri kita itu merupakan suatu cara untuk kita lebih berjaya. Ramai insan-insan yang berjaya melihat kekurangan yang ada pada diri sebagai pembakar semangat untuk berjaya.  Misalnya, kita lihat Senator OKU yang pertama iaitu Allahyarham Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh. Beliau merupakan insan yang mempunyai masalah penglihatan. Kedua matanya buta. Walaupun beliau buta tetapi beliau mampu menjawat jawatan sebagai Senator. Selain itu, beliau pernah tersenarai di antara 7 Great Malaysian Career Archievers. Beliau juga dianugerahkan anugerah Doktor Kesusateraan oleh Kesatuan Eropah kerana sumbagannya di peringkat antarabangsa dan merupakan Naib  Chancellor Kolej Universiti Teknologi Twintech.Lihatlah beliau tidak menjadikan kekurangan dalam diri sebagai suatu masalah tetapi menjadikannya sebagai suatu kekuatan dalam diri untuk lebih berjaya sehinggakan beliau dapat menamatkan pengajiannya  ke peringkat PhD di Amerika Syarikat.

Jika anda melihat kekurangan dalam diri itu merupakan suatu beban kepada anda. Anda silap. Jangan ditangisi kekurangan itu. Malah jadikan kekurangan itu sebagai satu cara untuk lebih berjaya. Allah menciptakan manusia itu terlalu unik. Setiap manusia yang Allah jadikan adalah berbeza-beza dan tidak sama. Pasti setiap diri kita mempunyai kelebihan kerana setiap kejadian Allah sangat sempurna. Jika kita perhatikan nikmat ciptaan Allah tidak mampu untuk dihitung.  Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 34 bermaksud :

…. dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya…

 Ketahuilah bahawa dalam diri kita mempunyai kelebihan. Anda berhak  untuk merasai kehidupan yang lebih baik. Janganlah mencari nilaian daripada manusia kerana boleh mendatangkan kekecewaan kepada diri kita sebaliknya carilah nilaian daripada Allah. Anggaplah kekurangan yang ada pada diri kita sebagai suatu ujian daripada Allah SWT kepada kita. Cubalah kenali insan-insan yang berjaya. Jika kita lihat kebanyakan mereka berjaya bermula dengan kekurangan yang hadir dalam hidup mereka. Mereka mampu mengubah sesuatu yang dianggap mustahil untuk dilakukan.

Tumpukan pada kelebihan yang ada pada diri anda. Kuatkan semangat anda untuk memberi tumpuan dan berusaha untuk menghadapi kelemahan dalam diri anda. Namun, sekiranya anda merasakan kelemahan itu sesuatu yang sukar, tumpukan kelebihan dalam diri anda pada ke arah kebaikan. Apa yang penting jika niat dan usaha anda ikhlas kerana Allah, pasti anda akan memperolehi kejayaan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (Al-Baqarah ayat 286)

Tukar Pandangan Kepada Warga OKU

TIDAK ramai yang tahu barangkali, golongan orang kurang upaya (OKU) ada hari mereka tersendiri untuk diraikan, sama seperti Hari Kekasih, Hari Bumi, Hari Pelarian dan sebagainya.

Walaupun Hari OKU ini tidak begitu popular berbanding hari-hari lain yang tertera dalam kalendar antarabangsa, ia tetap memberi signifikan tersendiri. Di peringkat antarabangsa Hari OKU disambut pada 3 Disember, setiap tahun.

Malaysia, yang mahu seboleh-bolehnya peranan, kejayaan dan sumbangan OKU ini diiktiraf, menyambutnya tanpa gagal sejak dua tahun lepas pada 4 Disember.

Dahulu istilahnya ialah orang cacat. Bunyinya yang kurang manis dan tidak sopan seolah-olah menyisihkan golongan itu menyebabkan ia ditukar kepada OKU. Selepas nama OKU dipakai, terdapat juga yang mahukan ia terus diubah menjadi lebih ‘mesra’. Antara yang kedengaran ialah biar mereka dikenali dengan nama ‘orang berlainan upaya’ pula.

Seperkara yang perlu diingatkan ialah orang cacat, OKU atau orang berlainan upaya kesemuanya merupakan istilah sahaja.

Biar kita jelas di sini. Namakan apa juga istilah yang lebih manis, sopan dan menyebelahi mereka, tetapi kalau persepsi, cara kita melayan mereka tetap sama, ia tidak membawa apa-apa makna.

Kalau disorot kepada perkembangan semasa, tentunya belum boleh disimpulkan bahawa kesedaran terhadap OKU ini di kalangan ‘masyarakat penyayang’ Malaysia wajar ditabik.

Secara jujur juga kalaupun ada segelintir yang mengakui sedar lagi prihatin terhadap OKU ini adalah kerana kumpulan itu memiliki keluarga OKU. Yang selebihnya, mereka mungkin sedar atau simpati tetapi selepas beberapa ketika ia hilang begitu sahaja apabila tidak diingatkan sebegitu.

Bukan tiada kejayaan yang dicatatkan OKU. Tidak sedikit sumbangan mereka pada negara. Kejayaan negara juga banyak dicatatkan oleh kumpulan ini. Bukan tidak ada profesional datang daripada golongan OKU.

Nah, ini buktinya mereka perlu mendapat hak sepertimana kita semua yang normal merasainya. Itu pula menjadi penanda aras bahawa tahap kesedaran dan keprihatinan terhadap OKU ini perlu juga ‘normal’.

Selebihnya, mereka juga manusia, apa bising-bising mahu menyisih, memandang rendah pada mereka?

Apakah perlu satu undang-undang untuk memberi kesedaran terhadap apa juga yang berkaitan dengan OKU?

‘‘Tidak perlu sampai ke situ, kesedaran wajar tercetus kerana telah disemat, dan boleh diterima pula bahawa OKU adalah sebahagian anggota masyarakat. Kerana mereka ialah sebahagian anggota masyarakat, golongan ini mempunyai hak untuk hidup seperti biasa, normal menyerupai yang lain-lainnya,’’ kata seorang kaunselor yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kalau kita belum lupa, perihal kesedaran menjadi begitu penting dan dipentingkan sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terpaksa menggesa supaya kerajaan menggubal satu akta memastikan OKU menikmati kesaksamaan.

Akta itu juga secara tidak langsung melindungi OKU daripada sebarang bentuk penganiayaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengikut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua negara di dunia secara puratanya mempunyai sekurang-kurang satu peratus OKU. Satu peratus memang kecil tetapi kalau satu peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia, secara matematik besar juga jumlahnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa 10 peratus daripada penduduk setiap negara ialah OKU.

Di Malaysia sendiri dianggarkan terdapat seramai 2.6 juta OKU.

Sementara itu, statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan negara ini mempunyai 197,519 OKU yang berdaftar dengan mereka sehingga akhir tahun 2006. Ini termasuklah seramai 18,258 cacat penglihatan, 29,522 cacat pendengaran, 66,250 cacat anggota, 887 (cerebral palsy) dan 76,619 menghadapi masalah pembelajaran. Lain-lain jenis kekurangan upaya yang dicatatkan ialah seramai 5,983.

Apa erti angka-angka itu sebenarnya? Maknanya, lebih banyak OKU, lebih meluas sepatutnya rasa kesedaran kita terhadap mereka. Lebih meluas kesedaran membawa pula makna wajar lebih banyak kemudahan untuk menyenangkan golongan ini.

Lupakan rasa bangga kita ke atas Kuala Lumpur yang mempunyai menara berkembar yang sebelum ini tertinggi di dunia. Bangga itu secara jujurnya hanya secebis daripada perasaan positif kalau kita jarang bertanya apakah Kuala Lumpur sudah cukup mengambil peduli perihal manusia dan kemanusiaan.

Kita tidak mahu Hari OKU yang disambut nanti persoalan seperti akses kepada bangunan awam menjadi halangan utama bagi penyertaan mereka dalam masyarakat.

Kita juga tidak mahu lagi bercakap-cakap tentang kurang senang kita terhadap sistem pengangkutan awam sedia ada tidak mesra OKU. Ini menghalang mereka daripada menjalani aktiviti harian dan kehidupan dalam masyarakat.

Kita mahu semua itu diperbaiki. Selebihnya kita ingin persepsi terhadap mereka berubah. Itulah signifikan Hari OKU yang disambut di peringkat antarabangsa mahupun nasional.

Apalah yang ada pada Hari OKU jika persepsi masyarakat masih di takuk lama – mengakui simpati dan kasihan pada OKU tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyokong mereka.

Hari OKU yang akan disambut nanti, pada kali ini barangkali cukup istimewa. Kita menantikan akta khas bagi OKU ini menjadi realiti.

Itulah komitmen besar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan menjadi hasrat menggunung kita semua juga.

“Akta yang sedia ada ialah berasaskan kebajikan. Sekarang kita bercakap tentang hak mereka. Saya menjangka tahun depan saya dapat bentangkan ke Kabinet,’’ itu kata Shahrizat pada sambutan Hari OKU yang lalu.

Mutiara Kata =)

Anak Istimewa

Ralit melayan sekawan berudu dalam urusannya meneruskan kemandirian hidup. Ikan-ikan sudah tidak laju renangnya kerana keruhnya air. Ikan berenang perlahan. Berudu berpusu-pusu laju. Dia pintas ikan laju-laju dan berpatah balik. Berulang-ulang. Rupa-rupanya dia main kejar-kejar dengan berpuluh, beratus mungkin dengan adik beradiknya yang lain. Siapa abang, siapa adik, siapa kakak kita tak boleh persoal kerana ibunya sendiri pun tak berapa pasti. Di atas batu, aku perhatikan ikan yang berenang perlahan tadi, berenang semakin perlahan. Akhirnya terbalik. Terapung.

Sisiknya yang hijau berkilat di sentuh cahaya rawi bertukar putih dan memucat. Insangnya tak menapis lagi antara air dan oksigen. Dia lemas dalam keruhnya air.Matanya putih semuanya. Dia sudah mati,

Berudu terus berpusu beradu laju. Beratus sudah hilang kerana sesat jalan. Ada yang ditelan burung lapar. Ada yang tinggal kepala sahaja, secarik ekor masih mengeletik. Ada yang terhantuk batu kerana terlalu laju berenang. Ada juga yang terlupa yang ianya berudu dan berlagak ikan, lalu berenang dalam komuniti ikan dan dimakan. Ada yang tak sabar menjadi katak, menyambar serangga tapi disambar pemangsa. Di air keruh ini tampaknya seperti medan perang tempat berudu dan ikan berlumba siapa mati dahulu.

Ada seekor berudu, tinggal dia yang selamat. Dia berenang slow melepasi arwah ikan bersisik hijau berkilau. Dia menangis di tepi batu. Aku tanya kenapa. Dia kata, “Aku tak layak menjadi seekor katak.” Aku bertanya lagi, “Kenapa?”. Kata dia, kerana dia tak reti melompat lagi.

Aku senyum dan mencedoknya. Dia terkapai dan bertanya ke mana aku mahu bawa dia. Aku kata, “Engkau istimewa. Tempat kau bukan bersama yang lain. Engkau aku akan bela sehingga pandai melompat setinggi pohon nyiur.” Aku angkat punggung, dan pergi meninggalkan medan di air keruh.

Dia kata, “Alhamdulillah.” Sikit-sikit, dada dia nampak lapang.