KEKURANGAN DALAM DIRI BUKAN SESUATU MASALAH. (Terimalah diri anda seadanya)

  Kekurangan yang ada pada diri bukanlah suatu masalah yang perlu kita takuti. Kebanyakan manusia melihat kekurangan dalam diri sebagai suatu masalah yang besar. Kadang-kadang manusia cepat berputus asa dengan kekurangan yang ada pada diri. Mengapakah kita perlu merasakan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai sesuatu masalah? Sedangkan setiap manusia Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

 Janganlah menjadi insan yang selalu memandang rendah terhadap diri sendiri. Sebenarnya kekurangan yang ada pada diri kita itu merupakan suatu cara untuk kita lebih berjaya. Ramai insan-insan yang berjaya melihat kekurangan yang ada pada diri sebagai pembakar semangat untuk berjaya.  Misalnya, kita lihat Senator OKU yang pertama iaitu Allahyarham Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh. Beliau merupakan insan yang mempunyai masalah penglihatan. Kedua matanya buta. Walaupun beliau buta tetapi beliau mampu menjawat jawatan sebagai Senator. Selain itu, beliau pernah tersenarai di antara 7 Great Malaysian Career Archievers. Beliau juga dianugerahkan anugerah Doktor Kesusateraan oleh Kesatuan Eropah kerana sumbagannya di peringkat antarabangsa dan merupakan Naib  Chancellor Kolej Universiti Teknologi Twintech.Lihatlah beliau tidak menjadikan kekurangan dalam diri sebagai suatu masalah tetapi menjadikannya sebagai suatu kekuatan dalam diri untuk lebih berjaya sehinggakan beliau dapat menamatkan pengajiannya  ke peringkat PhD di Amerika Syarikat.

Jika anda melihat kekurangan dalam diri itu merupakan suatu beban kepada anda. Anda silap. Jangan ditangisi kekurangan itu. Malah jadikan kekurangan itu sebagai satu cara untuk lebih berjaya. Allah menciptakan manusia itu terlalu unik. Setiap manusia yang Allah jadikan adalah berbeza-beza dan tidak sama. Pasti setiap diri kita mempunyai kelebihan kerana setiap kejadian Allah sangat sempurna. Jika kita perhatikan nikmat ciptaan Allah tidak mampu untuk dihitung.  Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 34 bermaksud :

…. dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya…

 Ketahuilah bahawa dalam diri kita mempunyai kelebihan. Anda berhak  untuk merasai kehidupan yang lebih baik. Janganlah mencari nilaian daripada manusia kerana boleh mendatangkan kekecewaan kepada diri kita sebaliknya carilah nilaian daripada Allah. Anggaplah kekurangan yang ada pada diri kita sebagai suatu ujian daripada Allah SWT kepada kita. Cubalah kenali insan-insan yang berjaya. Jika kita lihat kebanyakan mereka berjaya bermula dengan kekurangan yang hadir dalam hidup mereka. Mereka mampu mengubah sesuatu yang dianggap mustahil untuk dilakukan.

Tumpukan pada kelebihan yang ada pada diri anda. Kuatkan semangat anda untuk memberi tumpuan dan berusaha untuk menghadapi kelemahan dalam diri anda. Namun, sekiranya anda merasakan kelemahan itu sesuatu yang sukar, tumpukan kelebihan dalam diri anda pada ke arah kebaikan. Apa yang penting jika niat dan usaha anda ikhlas kerana Allah, pasti anda akan memperolehi kejayaan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (Al-Baqarah ayat 286)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s