Mutiara Kata =)

Anak Istimewa

Ralit melayan sekawan berudu dalam urusannya meneruskan kemandirian hidup. Ikan-ikan sudah tidak laju renangnya kerana keruhnya air. Ikan berenang perlahan. Berudu berpusu-pusu laju. Dia pintas ikan laju-laju dan berpatah balik. Berulang-ulang. Rupa-rupanya dia main kejar-kejar dengan berpuluh, beratus mungkin dengan adik beradiknya yang lain. Siapa abang, siapa adik, siapa kakak kita tak boleh persoal kerana ibunya sendiri pun tak berapa pasti. Di atas batu, aku perhatikan ikan yang berenang perlahan tadi, berenang semakin perlahan. Akhirnya terbalik. Terapung.

Sisiknya yang hijau berkilat di sentuh cahaya rawi bertukar putih dan memucat. Insangnya tak menapis lagi antara air dan oksigen. Dia lemas dalam keruhnya air.Matanya putih semuanya. Dia sudah mati,

Berudu terus berpusu beradu laju. Beratus sudah hilang kerana sesat jalan. Ada yang ditelan burung lapar. Ada yang tinggal kepala sahaja, secarik ekor masih mengeletik. Ada yang terhantuk batu kerana terlalu laju berenang. Ada juga yang terlupa yang ianya berudu dan berlagak ikan, lalu berenang dalam komuniti ikan dan dimakan. Ada yang tak sabar menjadi katak, menyambar serangga tapi disambar pemangsa. Di air keruh ini tampaknya seperti medan perang tempat berudu dan ikan berlumba siapa mati dahulu.

Ada seekor berudu, tinggal dia yang selamat. Dia berenang slow melepasi arwah ikan bersisik hijau berkilau. Dia menangis di tepi batu. Aku tanya kenapa. Dia kata, “Aku tak layak menjadi seekor katak.” Aku bertanya lagi, “Kenapa?”. Kata dia, kerana dia tak reti melompat lagi.

Aku senyum dan mencedoknya. Dia terkapai dan bertanya ke mana aku mahu bawa dia. Aku kata, “Engkau istimewa. Tempat kau bukan bersama yang lain. Engkau aku akan bela sehingga pandai melompat setinggi pohon nyiur.” Aku angkat punggung, dan pergi meninggalkan medan di air keruh.

Dia kata, “Alhamdulillah.” Sikit-sikit, dada dia nampak lapang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s