Punca-punca

autisme : punca-punca

      Berbagai-bagai kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca kepada masalah autisma. Sejak tahun 1930 lagi banyak penyelidikan telah mula  dijalankan, namun setelah kajian-kajian tersebut dilakukan, punca yang konkrit masih belum dapat dipastikan. Namun begitu, berdasarkan kajian-kajian tersebut, kebanyakan pengkaji  dalam bidang perubatan menyatakan bahawa autisma berkemungkinan satu penyakit keturunan. Ia merupakan satu masalah biologi yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak.  Seperti yang dinyatakan oleh Patricia M. Rodier ( 2000 ), beliau menyatakan bahawa hal ini mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil ‘Thalidomide’’ yang digunakan untuk mengatasi masalah ‘’morning sickness’’ yang sering  menyerang ibu-ibu yang sedang mengandung.
       Kajian beliau telah membuktikan bahwa satu kajian yang telah dijalankan oleh Milller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa yang ibunya mengambil pil tersebut. Deskripsi awal yang telah dibentangkan oleh Kanner ialah kontroversu  “nature of nature”. Kannaer mengatakan bahawa berlaku masalah ketidakupayaan atau kegagalan untuk menunjukkan kasih sayang dan kurang perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang terdiri daripada golongan sosio ekonomi yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada suatu persekitaran yang akan menyebabkan masalah autisma boleh berlaku. Frances Tustin menyokong pernyataan tesebut dengan bersungguh-sungguh dan beliau turut menjelaskan bahawa pada peringkat awal , bayi berada dalam keadaan yang tidak sedar mengenai bahagian-bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai satu unit yang berasingan.
    Namun begitu, apabila seorang bayi mencecah usia 6 bulan mereka sudah mula boleh membezakan antara objek dengan manusia.  Hubungan baik antara ibu dan anak adalah melalui penyusuan. Sebagai seoarang ibu, seorang ibu juga tidak mungkin akan dapat memenuhi semua kehendak bayi mereka kerana mereka sendiri tidak dapat memahami apa kehendak bayi mereka.  Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa percaya dan tidak percaya. Beliau juga turut menggunakan istilah normal primary autism untuk fasa tersebut. Semasa fasa ini, bayi akan berasa terancam dan akan menarik diri mereka dari dunia luar dan mereka akan menjadi seorang yang autistik.
      Bettelheim pula telah memperkenalkan istilah psychogenic dimana ia bermaksud kanak-kanak yang sangat aktif pada peringkat awal dan dapat memberikan respon atau isyarat adalah semasa mereka lapar. Tetapi sebaliknya apabila mereka berasa seperti terhalang untuk melakukan sesuatu yang mereka mahukan, meraka akan berasa kecewa dan berasakan mereka tidak boleh melakukan apa-apa dan ini menyebabkan mereka menarik diri dari sesuatu situasi dan menjadi autistik.
      Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya. Bayi berkenaan akan mengalami masalah perkembangan sensori yang perlahan. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa masalah rubella semasa mengandung juga turut mengundang kepada masalah autisma. Rubella boleh mengakibatkan kesan kesihatan yang agak serius di kalangan kanak-kanak yang lahir daripa ibu yang dijangkiti. Antara penyakit yang terjadi disebabkan masalah rubella adalah penyakit sawan dan pekak. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak autisma boleh mendapat penyakit sawan di peringkat dewasa. Hasil-hasil kajian ini memungkinkan rubella menjadi punca utama kepada masalah autisma.
      Selain rubella, ada juga hasil kajian yang menunjukkan bahawa autisma juga mungkin berpunca darpada jangkitan virus.  Desmond ( dalam Paluszny 1979 ) dalam kajiannya mendapati bahawa 64 kes yang dijangkiti rubella, 8 adalah autistik. Selain itu, kajian Chess (  dalam Paluszny 1979 ) , beliau mendapati bahawa 243 kes yang dijangkiti rubella, 10 daripada mereka mengalami masalah autisma.
Namun begitu, selain dari punca-punca di atas, antara punca lain yang memungkinkan terjadinya autisma hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, antaranya ialah :
        i.            Teori  Kelebihan Opioid
      ii.            Teori Gluten atau Casean dan Hubunutoimun dengan Penyakit Celiac
    iii.            Kolokistokinin
    iv.            Metilation
      v.            Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi makanan
    vi.            Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic
  vii.            Teori Sekratin
viii.            Teori kelainan saluran cerna
    ix.            Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu
      Selain daripada punca-punca yang dikenalpasti di atas, terdapat satu lagi punca yang mungkin menyebabkan terjadinya autisma. Masalah autisma turut dikaitkan dengan masalh pencernaan. Lebih daripada 60% daripada mereka memiliki sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan yang berasakan susu haiwan dan tepung gandum merupakan antara makanan yang tidak dapt dicernakan dengan baik oleh kanak-kanak autisma.  Protein daripada makanan-makanan tersebut tidak bertukar menjadi asid amino atau peptone yang dibuang. Sebaliknya ia diserap kembali ke tubuh, memasuki aliran darah lalu terus masuk ke otak dan berubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang seterusnya akan merosakkan sel-sel otak.  Ini seterusnya akan menyebabkan fungsi otak mereka terganggu. Fungsi otak melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku mereka.
Antara punca lain yang boleh menyebabkan autisma adalah :
        i.            Organik : kerosakan otak ( 30% daripada mereka mengalami epilepsi )
      ii.            Biokimia : gangguan metabolisma
    iii.            Imunologi HLA atau Human Leucoyle Antigen yang terdapat dalam serum ibu bapa
    iv.            Faktor alam sekeliling
     Selain itu, salah satu punca autisma yang dikenali adalah pendedahan pada bahan-bahan toksik atau keracunan arsenik yang seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami masalah :
        i.            Sistem imun menjadi lemah
      ii.            Alergi pada sesuatu makanan
    iii.            Masalah gastrointestinal
    iv.            Gangguan tidur
      v.            Isu neurologi seperti gangguan pertuturan
    vi.            Mengasingkan diri
  vii.            Perasaan bimbang
viii.            Gangguan masalah koordinasi motor halus dan motor kasar
    ix.            Mudah tertekan dan murung
       Berdasarkan punca-punca yang dibincangkan di atas, telah terbukti bahawa mungkin satu atau lebih punca yang menyebabkan terjadinya autisma. Disebabkan bukti-bukti punca yang menyebabkan autisma masih lagi kabur, kajian-kajian haruslah diteruskan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s