Bantu anak ini..

perkembangan anak2

Jenis-jenis Masalah Gangguan Belajar :
Berikut adalah masalah-masalah spesifik yang dikategorikan sebagai masalah sukar belajar di kalangan kanak-kanak :
♥ Diskriminasi audio : Sukar membezakan antara bunyi pertuturan dan urutan bunyi ke dalam perkataan.
♥ Persepsi visual : Ketidakupayaan untuk mengesan butir-butir penting dan mengesan maksud kepada apa yang dilihatnya.
♥ Dyslexia : Masalah memproses pertuturan yang memberi kesan kepada pembacaan, penulisan dan ejaannya.
♥ Dysgraphia : Tidak berkemampuan belajar mengungkapkan fikiran secara bertulis dan grafik.
♥ Dyscalculia : Kesukaran dengan kemahiran matematik dan pengiraan.
♥ Dyspraxia (Apraxia) : Ketidakupayaan untuk menyelaras pergerakan badan yang sesuai.

Tanda Amaran
Pengesahan serta rawatan awal boleh membantu anda merawat masalah kesukaran belajar di kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, masalah pembelajaran ini harus dipantau dari semasa ke semasa. Jika anda mengesyaki anak anda berhadapan dengan masalah ini, doktor dan guru boleh membuat ujian khusus untuk mengenal pasti sama ada si manja anda benar-benar berhadapan dengan masalah tersebut. Menurut National Center for Learning Disabilities, tanda amaran berikut boleh anda jadikan sebagai panduan dalam mengenal pasti sama ada si manja anda berhadapan dengan masalah kesukaran belajar atau sebaliknya.

Pra Sekolah
♥ Kesukaran untuk menggabungkan bunyi dan huruf ATAU sukar menyebut perkataan.
♥ Sukar mengenal huruf atau menyebut bunyi perkataan.
♥ Bermasalah untuk mengira.
♥ Sukar menggunakan gunting, crayons atau mewarna.
♥ Orang luar sukar memahami percakapan anak anda.
♥ Bermasalah untuk menaiki atau menuruni tangga.
♥ Tidak pandai bersiap sendiri.

Sekolah Rendah
♥ Tidak boleh bercakap menggunakan ayat penuh. Bersamalah untuk mengikut peraturan perbualan yang betul.
♥ Kerap terlupa dengan perkara baru yang dipelajarinya.
♥ Sukar memegang pensel dan tulisannya sukar difahami.
♥ Sukar mengikut arahan atau mengingat rutin hariannya.
♥ Sukar memahami tentang sesuatu informasi penting.
♥ Tidak boleh bermain ‘board games’ walaupun permainan tersebut sesuai dengan usianya. Bermasalah untuk berkawan dengan rakan-rakan seusianya. Bercakap dengan nada yang agak tinggi atau ‘monotone’

Menangani Masalah Sukar Belajar
Jangan bimbang sekiranya anak anda berhadapan dengan masalah sukar belajar. Walaupun masalah sukar belajar ini masih belum ada ubatnya, namun dengan sokongan, perhatian dan bantuan daripada persekitaran masalah ini boleh ditangani.

Antara individu tersohor yang berhadapan dengan masalah kesukaran belajar sewaktu di usia kanak-kanak mereka ialah pereka terkenal Thomas Edison, naib presiden Nelson Rockefeller, saintis Albert Einstein dan atlet Bruce Jenner. Mereka telah membuktikan bahawa masalah sukar belajar bukan halangan buat diri mereka menempa kejayaan.

Gangguan fungsi otak boleh menyebabkan masalah sukar belajar ini terjadi. Kaedah pembelajaran khusus diperlukan dalam menangani masalah ini. Pakar boleh menyarankan kepada anda program pembelajaran yang paling tepat untuk si manja yang bermasalah ini.

Pengesanan awal serta rawatan sangat diperlukan dalam menangani masalah ini. Jika masalah ini boleh dikesan awal dan rawatan sewajarnya diberikan, ada peluang cerah untuk mereka mencapai potensinya. Jika sebaliknya, ia boleh membawa kepada masalah emosi berat seperti kemurungan.

Kedua-dua faktor inilah yang menyebabkan kanak-kanak sukar belajar gagal di sekolah. Jika anak anda didiagnosis dengan masalah ini, doktor kanak-kanak boleh merujuk masalah tersebut kepada sumber-sumber dalam komuniti anda. Secara tidak langsung anda boleh mendapatkan bantuan pendidikan serta sokongan daripada ibu bapa yang lain.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah kesukaran belajar ini, tiada apa yang boleh membantu mereka untuk pulih dengan cepat melainkan dengan program rawatan yang paling tepat berserta kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa, keluarga serta rakan-rakan sekelilingnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s